Saturday 3 May 2014

Pengalaman


I'm glad that I'm still young and Alhamdulillah I am still being protected by Allah. Had to do research on certain sensitive topic. Had interviewed few respondents. Listening to their stories somehow makes me realized and be thankful to Allah for my current situation. 

Manusia, terkadang kita rasa mudah mengalah atau berputus asa dengan ujian yg Allah berikan. Kita rasa dunia kita mcm terbalik atau goyah. tapi bila kita dengar pengalaman org lain, kita baru terbuka mata hati dan rasa bersyukur dengan keadaan kita yang mungkin ada kekurangan tapi serba lengkap dengan caranya tersendiri. MasyaAllah cantik susunan Allah. Rahsia Allah kita tak pernah tau. Tapi kalau Allah nak tunjukkan, sekejap sahaja kita boleh dapat jawapannya. :)

Listening to their stories, makes me feel motivated. Banyaknya lagi yang belum dikejar dan dicapai dalam hidup ini. Hidup bukan sekadar main-main, hidup bukan sekadar mencari cinta semata, hidup bukan sekadar suka-suka untuk "enjoy" life kita. Ramai berkata: 
" relax la.. muda lagi.. bley enjoy lagi kot"

kita tak tau berapa lama lagi kita akan hidup. janganlah kita sia-siakan hidup kita untuk perkara yang sementara. pesanan sahabat "Mahalkan cintamu untuk yang layak sahaja" yup, saya memang pemilih. Memilih untuk masa depan. Perkara yang mcm ni bukan untuk mainan. 
How we want our child to be in the future is how we should be now. 
InsyaAllah. Seharusnya kita perlu tunjukkan corak yang baik. mungkin kita masih lagi belum sempurna sifatnya, tapi InsyaAllah semoga tak pernah putus asa untuk baiki diri. semoga Allah sentiasa mendorong kita kearah kebaikan.

"Surely my Lord is with me. and He will guide me through" -26:62

Apabila kita yakin Allah sentiasa dengan kita, insyaAllah He'll always guide us to the right path. jangan putus berdoa InsyaAllah. 

Berbalik kepada pengalaman interview tadi, perasaan dari bercampur baur kesedihan yang kononnya mengalami masalah yang sangat besar terasa seolah hilang. Subhanallah :') terasa motivated untuk baiki diri dan lupakan 'masalah' yang kurang penting tu. Selagi hayat dikandung, selagi tu Allah bagi kita peluang untuk baiki diri dan sedar potensi yg kita ada untuk lebarkan sayap dan berjaya InsyaAllah :) 

Rabbi yassir wala tu'assri.
Semoga Allah mudahkan segala urusan dan pelihara kita InsyaAllah. semoga motivasi itu terus kekal dan semoga tak tersasar dari landasan atau garis panduan.

Allahu'alam. Certainly Allah knows best :)

No comments:

Post a Comment